Filippo Inzaghi
Filippo Inzaghi

Filippo Inzaghi

Filippo "Pippo" Inzaghi, Ufficiale OMRI (sebutan bahasa Itali: [fiˈlippo inˈtsaːɡi]; lahir 9 Ogos 1973) merupakan seorang bekas pemain bola sepak profesional Itali dan kini menjadi seorang pengurus bagi kelab Venezia.Inzaghi bermain di posisi penyerang untuk beberapa kelab Itali dan kebanyakannya beliau menghabiskan kariernya di Juventus dan Milan selain memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara Eropah (2003, 2007) dan tiga kejuaraan "Scudetto" (1998, 2004, 2011). Beliau dikenali salah satu penyerang prolifik sepanjang zaman dan beliau berada di tempat kelima sebagai penjaring terbanyak di Itali dengan mencetak 313 gol dalam perlawanan-perlawanan rasmi. Inzaghi juga kini menjadi penjaring gol keempat tertinggi di perlawanan-perlawanan Eropah dengan menghasilkan 70 gol, di belakang Raúl, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Selan itu, beliau juga merupakan penjaring terbanyak Milan di peringkat antarabangsa dengan menjaringkan 43 gol. Oleh itu, tidak hairanlah beliau turut memegang rekod hatrik terbanyak di Serie A dengan 10 kali.Dalam penyertaan antarabangsa, Inzaghi telah melakukan 57 kaps bersama pasukan kebangsaan Itali di antara tahun 1997 dan 2007 selain menjaringkan 25 gol. Di samping itu, beliau turut mewakili negaranya di tiga edisi Piala Dunia dan satu Kejohanan Eropah.

Filippo Inzaghi

1997–2001 Juventus
2001–2012 Milan
2014–2015 Milan
Tarikh lahir (1973-08-09) 9 Ogos 1973 (umur 46)
2016– Venezia
Kelab terkini Venezia (pengurus)
1982–1985 San Nicolò
1996–1997 Atalanta
1993–1994 Hellas Verona (pinjaman)
1993–1996 Itali BB21
1992–1993 AlbinoLeffe (pinjaman)
1985–1991 Piacenza
Nama penuh Filippo Inzaghi
2013–2014 Milan Primavera
1995–1996 Parma
Posisi permainan Penyerang
1991–1995 Piacenza
Tahun Pasukan
Tempat lahir Piacenza, Itali
Ketinggian 1.81 m (5 ka 11+5⁄16 in)
1997–2007 Itali